Carian
Amazon Prime Video Kini Sudah Boleh Digunakan Di Malaysia
December 14, 2016 Aman

Amazon sebelum ini telah mengatakan mereka bakal menawarkan perkhidmatan penstriman video mereka untuk pasaran global. Seperti dijanjikan, kini perkhidmatan Amazon Prime Video telah pun boleh diakses oleh semua, termasuk pengguna di Malaysia.

Melalui Amazon Prime Video, ia membolehkan para pengguna strim pelbagai kandungan video – termasuk kandungan video eksklusif yang diterbitkan untuknya seperti salah satu yang popular akhir-akhir ini adalah The Grand Tour. Pengenalan perkhidmatan penstriman baru ini juga sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna selain daripada Netflix, iFlix, dan lain-lain.

Amazon Prime Video ditawarkan pada harga $2.99 (~RM13.27) untuk enam bulan pertama, dan $5.99 (~RM27) selepas itu. Pengguna yang ingin mencubanya boleh mendaftar akaun untuk percubaan selama 7 hari secara percuma.

Amazon Prime Video

Amazon Prime Video

Amazon Prime Video

Komen