Carian
Microsoft Memperlihatkan Speaker Yang Dilengkapi Cortana – Pesaing Untuk Amazon Echo
December 14, 2016 Aman

Amazon Echo merupakan salah satu peranti yang diperkatakan ramai pada tahun ini. Ia merupakan sebuah speaker yang diletakkan di ruang tamu atau pejabat, membolehkan para pengguna membuat arahan suara, dan mendengar maklumbalas serta jawapan daripada pembantu digital yang diintegrasikan. Selain Amazon, Google turut telah hadir dengan jawapan mereka tersendiri melalui Google Home.

https://www.youtube.com/watch?v=bikRuaJAv5g

Microsoft turut tidak ingin ketinggalan, dan ingin melakukan perkara sama melalui Cortana. Terkini, Microsoft bekerjasama dengan Harman Kardon, dan memperlihatkan integrasi Cortana pada speaker – sekaligus membolehkan pengguna memberikan arahan suara dan memainkan lagu melalui peranti berkenaan.

Dengan ini juga, ia sekaligus membawa Cortana kepada pelbagai peranti – walaupun tanpa skrin. Maklumat lanjut mengenai penawaran daripada Harman Kardon ini masih menjadi misteri. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya pada 2017 kelak.

Komen