Cari @ Amanz

Sokongan siaran video langsung telah menjadi fokus beberapa pihak akhir-akhir ini. Facebook sendiri telah memperkenalkannya melalui Facebook Live dan juga Instagram. Kini, Twitter turut tidak ketinggalan dan memperkenalkan sokongan lebih kurang sama pada aplikasi Android dan iOS mereka.

Twitter mengatakan sokongan siaran langsung ini sekaligus memudahkan lagi pengguna memberikan gambaran mengenai apakah yang sedang berlaku sekitar mereka – berbanding hanya teks dan gambar.

Sokongan siaran langsung ini dikuasakan oleh Periscope – satu lagi aplikasi yang dimiliki oleh Twitter. Walaubagaimanapun, pengguna boleh membuat siaran langsung ini tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan.

Pada aplikasi Twitter, ketika ingin Tweet, pengguna hanya perlu tap pada “LIVE”, dan anda boleh memulakan siaran dengan menekan “Go Live”. Seperti biasa, penonton boleh meninggalkan komen dan ia dipaparkan pada skrin anda.

Menurut Twitter, kemaskini baru ini bakal hadir kepada semua pengguna iOS dan Android dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd