Steam Kini Menawarkan Sokongan Untuk Alat Kawalan Permainan DualShock 4

Steam Kini Menawarkan Sokongan Untuk Alat Kawalan Permainan DualShock 4

Diterbitkan pada Dis 15, 2016 oleh .

Steam merupakan salah satu platform permainan popular pada arena PC, dan dibangunkan oleh Valve. Selepas menjanjikan sokongan untuk alat kawalan PlayStation 4 pada platform tersebut, kini akhirnya melalui kemaskini terbaru Steam, ia direalisasikan.

Melalui versi terbaru Steam, pengguna boleh menghubungkan alat kawalan permainan PS4 DualShock, dan menggunakannya dalam mengawal permainan. Pihak Steam turut menyediakan antaramuka khusus dalam menetapkan kawalan yang diingini untuk setiap butang pada alat kawalan berkenaan tanpa perlu memuat-turun sebarang perisian tambahan.

Pengenalan sokongan untuk DualShock 4 ini juga sekaligus menawarkan alternatif lain kepada pengguna dalam usaha memudahkan lagi mereka memainkan sesuatu permainan pada platform PC.

Bagi anda yang mempunyai alat kawalan DualShock 4, mungkin boleh mencubanya dengan mengemaskini perisian Steam anda hari ini.


TIPS & ULASAN