Cari @ Amanz

Lenovo Malaysia hari ini secara rasminya telah memperlihatkan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan, termasuk antaranya adalah Lenovo P2 dengan bateri berkapasiti 5100mAh, Lenovo K6 Note, Lenovo K6 Power dan juga Lenovo A6600 Plus.

Lenovo P2 seperti ramai sedia maklum, telah mula ditawarkan sejak minggu lepas, dan menjadi fokus utama pada peranti berkenaan adalah sokongan bateri yang bertahan lama, dan dilengkapi dengan memori 4GB RAM.

Lenovo K6 Note

Lenovo K6 pula peranti yang hadir dengan sokongan audio Dolby Atmos, dimana dua variasi ditawarkan – K6 Note dan juga K6 Power.

Lenovo K6 Note adalah peranti bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori 4GB RAM, ruangan storan terbina 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.

Lenovo K6

Lenovo K6 Power pula hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip Snapdragon 430, memori sehingga 3GB RAM, dan ruangan storan sehingga 32GB. Seperti versi K6 Note, ia juga menggunakan bateri 4000mAh, kamera 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Kedua-dua peranti keluarga Lenovo K6 ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari.

Lenovo A6600

Dan akhir sekali, satu lagi peranti yang diperkenalkan adalah Lenovo A6600 Plus yang memfokuskan penawaran spesifikasi rendah-pertengahan pada harga rendah. Lenovo A6600 Plus ini menawarkan skrin 5-inci dengan paparan HD, dilengkapi sokongan 4G, cip MT6735p, memori sehingga 2GB RAM, ruangan storan 16GB, dan bateri berkapasiti 2300mAh. Peranti ini dilengkapi kamera hadapan 2-megapixel dan kamera belakang 8-megapixel.

Lenovo A6600 Plus

Kesemua peranti baru Lenovo ini hadir dengan Android 6.0 Marshmallow, dan menggunakan antaramuka khusus Lenovo. Ia juga menyertakan beberapa aplikasi terbina pada peranti berkenaan – tambahan daripada peranti Android vanilla.

Di Malaysia, Lenovo A6600 Plus ditawarkan pada harga RM479. Lenovo K6 Note dan Lenovo K6 Power akan ditawarkan bermula awal Januari ini pada harga RM999 dan RM799.

Lenovo K6 Note

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd