Carian
Yahoo Mengatakan Godaman Kedua Pada 2013 Melibatkan Lebih 1 Bilion Akaun
December 15, 2016 Bloomberg

Yahoo! Inc hari ini telah mengumumkan mengenai ketirisan sekuriti kedua terbesar mereka, melibatkan lebih daripada 1 bilion pengguna seluruh dunia – sekaligus memberikan kesan terhadap reputasi syarikat berkenaan, apatah lagi ketika dalam proses menjual syarikat mereka.

Pengumuman ini hadir selepas Yahoo! mengumumkan pada bulan September lepas, mengatakan informasi peribadi sekitar 500 juta pengguna telah dicuri pada serangan tahun 2014 lepas. Ketika itu, antara informasi yang dicuri adalah termasuk nama, nombor telefon, alamat emel, kata laluan yang telah disulitkan, dan juga tarikh lahir.

Kebocoran terbaru ini sekali lagi memberikan kesan serius terhadap reputasi syarikat berkenaan, terutamanya dikalangan pengguna tegar mereka yang telah menggunakan perkhidmatan untuk beberapa tahun.

Melalui pengodaman terbaru ini yang dikatakan telah berlaku sekitar 2013, Yahoo! mengatakan antara informasi yang diceroboh adalah termasuk nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, kata laluan yang disulitkan, selain soalan dan jawapan untuk tujuan sekuriti. Yahoo! mengatakan mereka telah mula memberikan notifikasi kepada pengguna untuk mengambil langkah menguatkan sekuriti akaun mereka.

Komen