Sokongan Instagram Live Mula Diperkenalkan Secara Berperingkat Untuk Pengguna Tempatan

Sokongan Instagram Live Mula Diperkenalkan Secara Berperingkat Untuk Pengguna Tempatan

Diterbitkan pada Dis 15, 2016 oleh .

Instagram sebelum ini telah mengumumkan mereka bakal menawarkan sokongan menstrim video secara langsung kepada para pengguna. Kini, ia dilihat beberapa pengguna tempatan telah mula menerima fungsi berkenaan.

Melalui Instagram Live, ia memaparkan ikon khusus sekiranya seseorang pengguna sedang membuat siaran langsung. Ikon berkenaan dipaparkan pada bahagian Stories, dan disertakan dengan perkataan “Live” dibawahnya. Berbeza dengan Instagram Stories yang kekal untuk 24 jam, untuk Instagram Live, ia terus hilang selepas seseorang habis membuat siaran langsung mereka.

Instagram Live

Instagram turut akan menghantar notifikasi kepada para pengikut supaya mereka tidak terlepas sesuatu siaran langsung yang sedang dilakukan oleh rakan atau jenama yang diikuti mereka.

Buat masa ini, fungsi ini hanya diperkenalkan untuk beberapa pengguna di Malaysia sahaja. Tidak mustahil untuk kita melihat penawaran ini diperluaskan dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN