Super Mario Run Kini Boleh Dimuat-Turun – Eksklusif Untuk Pengguna iPhone

Super Mario Run Kini Boleh Dimuat-Turun – Eksklusif Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Dis 16, 2016 oleh .

Super Mario merupakan antara permainan yang mempunyai nostalgia tersendiri dikalangan ramai pengguna pada hari ini. Ia merupakan antara permainan yang popular pada konsol, dan semestinya dinantikan ramai untuk hadir pada peranti mudah-alih. Kini, lanjutan daripada pengumuman permainan Super Mario Run tempoh hari, ia telah pun diterbitkan dan sedia dimuat-turun oleh semua pengguna.

Super Mario Run

Super Mario Run buat masa ini ditawarkan secara eksklusif untuk iOS – bermakna anda yang menggunakan iPhone dan iPad boleh memuat-turunnya. Ia seperti biasa menawarkan kaedah permainan popular Super Mario – dan turut dioptimasikan untuk dimainkan menggunakan hanya sebelah tangan.

Permua (Permainan Mudah-Alih) ini ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Pengguna hanya perlu membuat sekali pembelian bernilai RM39.90 untuk meneruskan permainan ini sepenuhnya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permua ini terus daripada Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun Super Mario Run untuk iOS


TIPS & ULASAN