Dalam banyak pilihan projektor yang terdapat di pasaran, Benq merupakan salah satu jenama popular dikalangan pengguna tempatan. Pada hari ini Benq Malaysia mengumumkan penjualan projektor terbaru mereka W11000 4K UHD untuk pasaran tempatan.
Projektor yang telah diumumkan pada empat bulan lepas untuk pasaran antarabangsa ini membawakan resolusi tinggi 4K UHD. Bagi membuatkan imej yang dipancarkan lebih jelas, resolusi pancarannya sebanyak 8.3-millionpixel. Meskipun menyokong resolusi tinggi, ia juga menyokong resolusi serendah VGA.
Antara spesifikasi lain termasuklah kadar tinggi ANSI Contrast Ratio, Brightness 2200 AL, Selain dari itu, ia turt menyertakan teknologi yang terdapat di pawagam seperti DLP dan pensijilan THX. Kedua-dua teknologi ini boleh membuatkan kualiti tayangan yang tinggi. Untuk tujuan ketepatan warna, ia juga mematuhi piawaian warna Rec. 709 bagi memberikan warna yang tepat, seolah-olah warna yang dilihat pada mata biasa.
Projektor ini mula dijual bermula hari ini pada harga RM 23,800. Khusus menerusi salah satu syarikat pengedarnya iaitu CMY Audio Visual, mereka menawarkan harga promosi sebanyak RM 18,888 termasuk pemasangan percuma dan rak percuma selama seminggu bermula hari ini.