Samsung Malaysia Mula Mengehadkan Bateri Galaxy Note 7 Kepada 30%

Samsung Malaysia Mula Mengehadkan Bateri Galaxy Note 7 Kepada 30%

Diterbitkan pada Dis 15, 2016 oleh .

Bagi anda yang masih menggunakan Samsung Galaxy Note 7, pihak Samsung Malaysia hari ini dilihat telah mula menghantar notifikasi, mengatakan peranti Galaxy Note 7 di Malaysia akan dihadkan kepada pengecasan hanya 30% bermula daripada hari ini.

Galaxy Note 7 Bateri

Langkah ini dilakukan oleh Samsung dalam usaha untuk mengalakkan pengguna mengembalikan peranti Galaxy Note 7 yang terlibat dalam insiden letupan. Samsung telah memulakan proses tukar ganti sejak Oktober lepas, dan ini merupakan antara langkah yang diambil Samsung dalam memastikan pengguna tidak lagi menggunakan peranti mereka.

Bagi anda yang masih menggunakan Galaxy Note 7, mungkin sudah tiba masanya untuk anda membuat salinan pendua data, dan menukar kepada peranti baru yang lain.


TIPS & ULASAN