Samsung Cloud Dijangka Ditawarkan Melalui Web Untuk Diakses Pada Komputer

Samsung Cloud Dijangka Ditawarkan Melalui Web Untuk Diakses Pada Komputer

Diterbitkan pada Dis 15, 2016 oleh .

Ketika pengenalan Galaxy Note 7 (yang telah ditarik-kembali) tempoh hari, salah satu perkhidmatan yang turut ditawarkan oleh Samsung adalah Samsung Cloud. Melaluinya, Samsung membolehkan pengguna menyimpan dokumen dan data, serta memudahkan proses pemindahan ke peranti Samsung yang baru.

Samsung Cloud

Melalui Samsung Cloud, antara data yang disimpan adalah termasuk informasi senarai nombor telefon, nota, dan juga kalendar – selain beberapa data daripada aplikasi lain. Samsung menawarkan storan 15GB untuk menyimpan pelbagai fail pada perkhidmatan berkenaan.

Ia buat masa ini hanya terhad untuk peranti mudah-alih Samsung sahaja, tetapi dijangka berubah pada 2017 kelak.

Kini, mengikut laporan baru, Samsung diperkatakan sedang mempertimbangkan penawaran perkhidmatan berkenaan pada web bagi membolehkan pengguna menguruskan data dan fail mereka. Ia juga sekaligus akan membolehkan pengguna mengaksesnya pada komputer dan juga peranti lain.

Tiada sebarang tarikh diberikan untuk web Samsung Cloud ini, dan ia dijangka hadir pada 2017 kelak.


TIPS & ULASAN