Kemaskini watchOS 3.1.1 Ditarik Kerana Menyebabkan Sebilangan Apple Watch Gagal Berfungsi

Kemaskini watchOS 3.1.1 Ditarik Kerana Menyebabkan Sebilangan Apple Watch Gagal Berfungsi

Diterbitkan pada Dis 15, 2016 oleh .

Kemas kini watchOS 3.1.1 hadir serentak dengan iOS 10.2 dan MacOS Sierra 10.12.2. Ia sepatutnya mempertingkat kestabilan peranti tetapi sebilangan pengguna melaporkan Apple Watch 2 mereka kini gagal berfungsi (bricked) sama sekali. Pemilik melaporkan skrin jam tangan pintar mereka hanya menunjukkan tanda amaran berwarna merah.

Apple Watch Series 2Pihak Apple menyarankan pengguna yang terjejas untuk melakukan tetapan semula (hard reset). Sekiranya masalah berterusan mereka perlu menghantar peranti ke pusat Apple terdekat untuk dibaiki. Oleh sebab itu kemas kini ke watchOS 3.1.1 telahpun ditarik buat sementara waktu supaya Apple boleh mencari sebab mengapa ia menyebabkan kegagalan hanya pada Apple Watch model terkini.


TIPS & ULASAN