Razer Chroma Mug Edisi Terhad Dihasilkan Untuk Atlet E-Sukan

Razer Chroma Mug Edisi Terhad Dihasilkan Untuk Atlet E-Sukan

Diterbitkan pada Dis 16, 2016 oleh .

Razer ialah aksesori permainan komputer yang amat sinonim dengan atlet e-sukan. Aksesori keluaran mereka dihasilkan untuk PC dan juga konsol. Tetikus dan papan kekunci mereka digunakan oleh ramai atlet e-sukan yang ternama. Kini mereka menghasilkan aksesori baru berbentuk cawan minuman.

Razer Chroma Mug ialah cawan yang direka khas untuk atlet e-sukan. Ia menyokong sistem lampu Chroma yang digunakan pada kesemua produk Razer. Ia disambungkan kepada sebuah PC atau konsol menggunakan USB dan mengingatkan pemain untuk minum bagi mengelakkan terhidradasi.

Cawan ini tidak akan dijual kepada umum. Sebaliknya 1337  edisi terhad akan dihasilkan dan diberikan sebagai hadiah kepada rakan-rakan Razer sempena musim perayaan.  Hanya lima boleh dimenangi secara rawak menerusi laman Facebook. Sekiranya anda memerlukan cawan dengan sistem lampu LED, anda boleh mencuba nasib melalui pautan di bawah.

Pertandingan memenangi Razer Chrome Mug di Facebook


TIPS & ULASAN