Asus ZenWatch 3 Kini Di Malaysia – Berharga RM1199

Asus ZenWatch 3 Kini Di Malaysia – Berharga RM1199

Diterbitkan pada Dis 15, 2016 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran jam tangan pintar mereka yang terbaru secara rasminya untuk pasaran tempatan, iaitu Asus ZenWatch 3. Berbeza dengan ZenWatch sebelum ini, kali ini Asus menggunakan rekaan muka jam bulat, sekaligus menawarkan rekaan yang lebih memukau berbanding sebelumnya.

Asus Zenwatch 3

Asus ZenWatch 3 menggunakan sistem operasi Android Wear, dan ia boleh digunakan bukan sahaja bersama telefon pintar Asus – tetapi juga pada sebarang peranti berasaskan sistem operasi Android, serta pada iPhone.

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin bersaiz 1.39-inci, cip Snapdragon Wear 2100, memori 512MB RAM dan mampu bertahan penggunaan sehingga 2 hari lamanya dengan sekali pengecasan penuh.

Di Malaysia, Asus ZenWatch 3 ini ditawarkan pada harga RM1199.


TIPS & ULASAN