Cari @ Amanz

Pada masa kini, permainan multiplayer yang boleh dimainkan bersama-sama pengguna lain menggunakan talian internet telah menjadi agak popular. Dengan filem Star Wars terbaru memasuki pawagam untuk penghujung tahun ini, sebuah permainan khusus juga turut diperkenalkan, iaitu Star Wars Force Arena.

Melalui Star Wars Force Arena, ia menawarkan permainan multiplayer atas-talian yang boleh dimainkan bersama-sama pengguna lain. Dari segi kaedah permainan, ia lebih kurang seperti Clash Royale, tetapi dengan penggunaan grafik yang lebih tinggi selain membawakan sedikit perbezaan pada corak permainan.

Star Wars Force Arena

Pengguna akan diberikan seorang ketua yang boleh dikawal serta deck kad yang boleh dinaik-taraf. Seperti biasa, pemain perlu menghancurkan pusat utama yang dikawal oleh pemain lawan.

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dalam bentuk pra-pelancaran. Versi iOS akan muncul tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd