Samsung Pay Akan Disokong Majoriti Peranti Samsung Pada Tahun 2017
Artikel Berkaitan

Samsung Pay Akan Disokong Majoriti Peranti Samsung Pada Tahun 2017

Diterbitkan pada Dis 16, 2016 oleh .

Samsung Pay memulakan ujian Beta di Malaysia minggu ini. Buat masa ini ia hanya menyokong peranti utama seperti Galaxy S7 dan S7 Edge. Tetapi pada tahun 2017, Samsung akan memastikan hampir kesemua peranti keluaran mereka akan menyokong fungsi ini.

Maybank Samsung PayAkhbar Business Korea memetik kenyataan seorang eksekutif Samsung yang mengesahkan perancangan gergasi Korea Selatan ini. Hanya peranti kelas permulaan tidak akan menyokong Samsung Pay kerana ketiadaan pengimbas cap jari. Samsung Pay memerlukan NFC dan pengimbas cap jari untuk berfungsi.

Ini bermakna peranti Galaxy A  dan C turut akan menyokong Samsung Pay kelak. Samsung sudahpun bekerjasama dengan 500 bank seluruh dunia serta syarikat kad-kad kredit utama untuk menjayakan sistem pembayaran menggunakan peranti pintar mereka ini.


TIPS & ULASAN