HappyFresh Ingin Membuat Penghantaran Tempahan Barangan Anda Dari Tesco Dalam Masa Sejam

HappyFresh Ingin Membuat Penghantaran Tempahan Barangan Anda Dari Tesco Dalam Masa Sejam

Diterbitkan pada Dis 16, 2016 oleh .

HappyFresh merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang membolehkan para pengguna membuat tempahan pembelian barangan runcit, dan ia dihantar terus ke rumah anda. Terkini, pihak HappyFresh turut mengumumkan kerjasama dengan pasaraya terkemuka, Tesco.

Melalui kerjasama ini, HappyFresh akan menghantar barangan runcit yang dibeli dari Tesco dalam tempoh sepantas hanya satu jam, sekaligus memudahkan lagi proses pembelian barangan runcit tanpa perlu ke pasaraya berkenaan.

HappyFresh Tesco

Menurut HappyFresh, mereka telah mengujinya sejak enam bulan lepas, dan ia membolehkan para pengguna membuat pembelian melibatkan lebih 12,000 jenis produk dari makanan dan juga bukan makanan.

Buat masa ini, penawaran ini terhad untuk pengguna di Lembah Klang sahaja. Dengan persaingan dalam arena barangan runcit yang semakin tinggi ini, mungkin kita akan melihat penawaran yang lebih mengutungkan pengguna pada 2017 kelak.

Muat-Turun HappyFresh untuk Android

Muat-Turun HappyFresh untuk iOS


TIPS & ULASAN