Cari @ Amanz

Ubisoft pada tahun ini telah menyambut ulang-tahun ke-30 mereka, dan bersempena dengannya, mereka telah menawarkan satu permainan percuma setiap bulan sejak daripada bulan Jun lepas. Terkini, khusus untuk minggu ini sehingga 18 Disember 2016, pihak Ubisoft menawarkan peluang kepada semua untuk muat-turun ketujuh-tujuh permainan yang ditawarkan mereka itu – sekiranya anda terlepas.

Ubi 30

Tujuh permainan yang ditawarkan adalah termasuk Prince of Persia The Sands of Time, Tom Clancy’s Splinter Cell, Rayman Origins, The Crew, Beyond Good & Evil, FarCry Blood Dragon dan juga Assassin’s Creed III.

Permainan ini ditawarkan secara percuma, dan pengguna perlu mendaftar akaun UPlay untuk memuat-turunnya. Bagi anda yang terlepas atau ingin memuat-turun permainan berkenaan, boleh ke laman khusus disediakan oleh Ubisoft hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd