Kamera Facebook Messenger Dikemaskini Dengan Fungsi Bingkai Gambar Dan Kesan Khas 3D

Kamera Facebook Messenger Dikemaskini Dengan Fungsi Bingkai Gambar Dan Kesan Khas 3D

Diterbitkan pada Dis 16, 2016 oleh .

Sempena musim perayaan akhir tahun Facebook melakukan kemas kini ke atas aplikasi Messenger. Ia kini lebih mesra pengguna kamera dengan butang mengambil gambar yang lebih ketara. Butang lebih besar dan mudah diakses diletakkan pada bahagian tengah aplikasi. Seperti dahulu tekan satu butang untuk mengambil gambar dan tekan untuk mengambil video.

Kesan khas 3D berteknologi AR kini disokong. Pengguna boleh mengenakan topeng AR seperti di dalam Snapchat. Pelbagai bingkai boleh digunakan bagi menghasilkan gambar yang lebih ceria. Facebook bekerjasama dengan artis dan bintang media sosial untuk menghasilkan ribuan pelekat, kesan khas, bingkai gambar dan topeng maya yang disertakan. Kemas kini boleh diterima pengguna Android dan iOS hari ini secara berperingkat di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN