Sharp, Samsung dan LG ialah tiga nama besar dalam penghasilan panel LCD. Ketiga-tiganya bersaing di dalam pasaran yang sama tetapi menarik sekali Sharp membekalkan sehingga 5 Juta panel LCD kepada Samsung untuk menghasilkan televisyen. Kerjasama mereka akan berakhir mulai tahun hadapan.
Sharp dikatakan telah menghantar notis menghentikan bekalan panel LCD kepada Samsung minggu lalu. Bagi memenuhi keperluan pengilangan, Samsung akan berpindah kepada LG sebagai rakan panel LCD baru. Kerjasama di antara LG dan Samsung juga boleh dianggap menarik kerana mereka adalah pesaing besar di dalam arena TV. Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang aneh kerana Apple masih menggunakan komponen keluaran Samsung walaupun sudah saling saman-menyaman sejak 2011.