Cari @ Amanz

Nintendo sebelum ini telah memperlihatkan konsol baru mereka dinamakan Nintendo Switch. Ia dijangka dipasarkan sekitar Mac 2017 kelak, dan Nintendo sendiri belum berkongsi maklumat sepenuhnya berkaitan konsol baru mereka.

Terkini, sebuah pemfailan paten diperlihatkan – menujukkan penggunaan sokongan realiti-maya pada konsol baru mereka. Daripada apa yang didaftarkan, Nintendo dilihat akan menggunakan peranti set kepala yang boleh dihubungkan bersama sebuah tablet atau telefon pintar dan menikmati pengalaman realiti-maya.

Nintendo VR

Ia tidak diketahui sama ada penawaran ini bakal hadir pada Nintendo Switch atau sebaliknya. Sekiranya ya, mungkin kita akan melihat tablet Nintendo Switch dihubungkan ke set kepala ini, dan mungkin boleh menggunakan alat kawalan yang hadir terbina untuk memainkan permainan.

Mungkinkah Nintendo akan memperkenalkan sokongan ini pada Switch, ataupun ini adalah pemfailan untuk konsol mereka yang lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd