Cari @ Amanz

Lenovo baru-baru ini telah melancarkan Lenovo Yoga Book untuk pasaran Malaysia yang hadir dalam dua variasi, iaitu menggunakan sistem operasi Android dan juga Windows. Selain kedua-duanya, Lenovo kini dilihat mengesahkan perancangan untuk turut memperkenalkan versi Chrome OS pada tahun hadapan.

Lenovo Yoga Book menjalankan Chrome OS dikatakan akan turut menyertakan sokongan input berasaskan stylus – sekaligus membolehkan pengguna membuat lakaran atau menulis pada papan kekunci Yoga Book.

Buat masa ini, Lenovo masih tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalannya. Penawaran Yoga Book versi Chrome OS ini dijangka bakal lebih disasarkan untuk pelajar, selain pengguna umum – apatah lagi dengan Chrome OS sendiri yang kini boleh menyokong menjalankan aplikasi Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd