Amazon Dikatakan Sedang Membangunkan Aplikasi “Uber Untuk Trak”

Amazon Dikatakan Sedang Membangunkan Aplikasi “Uber Untuk Trak”

Diterbitkan pada Dis 17, 2016 oleh .

Amazon pada hari ini antara penyedia laman edagang yang terbesar, dan seperti semua sedia maklum, ia memerlukan kenderaan pengangkutan barang yang banyak untuk proses menghantar barang dari satu bandar ke bandar lain – atau terus kepada pengguna.

Terkini, ia diperkatakan Amazon sedang dalam usaha untuk membangunkan sebuah aplikasi khusus yang beroperasi menghubungkan pemandu trak kepada kargo – sekaligus mengurangkan kos yang terlibat dengan membayar syarikat pengangkutan. Secara tidak langsung, ini juga akan turut menguntungkan para peniaga seperti Amazon.

Secara lasar, ia dijangka akan beroperasi seumpama Uber, membolehkan pemandu trak untuk terus mendapatkan tempahan dan melihat harga dan juga arah pemanduan. Aplikasi berkenaan juga kelak dijangka akan menawarkan arah perjalanan yang dioptimasikan dan disesuaikan untuk membuat penghantaran sepanjang perjalanan.

Aplikasi ini dijangka akan ditawarkan di Amerika Syarikat sekitar 2017 kelak.

Selain daripada Amazon, Uber sendiri telah mengambil-alih syarikat Otto yang turut memfokuskan kepada lori trak, yang turut diintegrasikan dengan sokongan pemanduan autonomi.


TIPS & ULASAN