Anda Kini Boleh Mula Muat-Turun Video Vine Anda

Anda Kini Boleh Mula Muat-Turun Video Vine Anda

Diterbitkan pada Dis 17, 2016 oleh .

Twitter pada bulan Oktober lepas telah mengumumkan mereka bakal menamatkan perkhidmatan Vine, dan tiada lagi kandungan baru boleh dimuat-naik selepas itu. Kini, lanjutan daripadanya, hari ini Vine telah mula menawarkan kebolehan untuk memuat-turun kandungan yang pernah dimuat-naik oleh anda ke perkhidmatan berkenaan.

Anda boleh memuat-turun video-video 6 saat anda di Vine melalui aplikasi mudah-alih ataupun melalui web rasmi Vine. Apa yang membezakan proses muat-turun adalah, melalui web pengguna akan turut disediakan dengan fail index.html yang menyertakan kapsyen dan juga komen. Walaubagaimanapun, sekiranya memuat-turun melalui aplikasi Android atau iOS, anda akan menerima fail video sahaja tanpa kapsyen atau komen.

Bagi anda yang aktif muat-naik kandungan ke Vine, boleh mulakan proses muat-turunnya hari ini. Perkhidmatan Vine sendiri akan berubah menjadi arkib sahaja bermula tahun 2017 kelak, sementara aplikasi Vine akan berubah menjadi Vine Camera yang membolehkan anda merakamkan video berulang 6.5 saat, dan menawarkan kemudahan perkongsian ke Twitter.


TIPS & ULASAN