Mi Power Bank 20000 mAh Baru Dilancarkan Dengan Dua Port Pengecasan Pantas

Mi Power Bank 20000 mAh Baru Dilancarkan Dengan Dua Port Pengecasan Pantas

Diterbitkan pada Dis 17, 2016 oleh .

Pengecasan pantas ialah keperluan bukan lagi kemewahan. Tahun 2016 melihat peranti kelas pertengahan mula menyokong sistem pengecasan pantas seperti QuickCharge 2.0. Peranti dapat dicas sepenuhnya di bawah dua jam secara purata. Oleh itu Power Bank yang menyokong pengecasan pantas juga mula dihasilkan.

Xiaomi melancarkan sebuah lagi Mi Power Bank dengan kapasiti 20000 mAh. Kali ini ia menyokong dua port pengecasan pantas pada kadar 5.1V/3.6 A. Apabila hanya satu sambungan dilakukan pula, ia menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Ia sendiri dicas semula dengan pengecasan QuickCharge 3.0. Harga jualan ialah RMB 149 (~RM 96) dan hanya untuk pasaran China buat masa ini.


TIPS & ULASAN