Enam Permainan Klasik Mega Man Akan Hadir Sebagai Permua Tahun Hadapan

Enam Permainan Klasik Mega Man Akan Hadir Sebagai Permua Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Dis 17, 2016 oleh .

Siri Mega Man (atau Rockman sekiranya anda berasal dari Jepun) ialah permainan klasik yang wujud di dalam hampir setiap generasi konsol. Kali pertama hadir pada tahun 1987, watak rekaan Akira Kitamura dan Keiji Inafune ini sudah muncul di dalam 130 permainan di pelbagai platform. Tahun hadapan sempena ulang tahun ke-30, ia akhirnya akan muncul sebagai permua pada peranti Android dan iOS.

Mega Man 1 sehingga 6 akan dilancarkan pada 6 Januari 2017 di Jepun. Permainan mengekalkan nisbah skrin 4:3 dengan sistem kawalan sesentuh diletakkan pada sisi skrin. Buat masa ini Capcom hanya mengumumkan pelancaran untuk pasaran Jepun. Sebagai peminat siri ini kami berharap ia akan dilancarkan di pasaran antarabangsa secepat mungkin.


TIPS & ULASAN