Gatebox – Teman Wanita Hologram Dengan Kecerdasan Buatan Dilancarkan Di Jepun

Gatebox – Teman Wanita Hologram Dengan Kecerdasan Buatan Dilancarkan Di Jepun

Diterbitkan pada Dis 17, 2016 oleh .

Alexa, Siri, Cortana dan Google Now ialah empat pembantu maya yang telah dibangunkan untuk membantu kehidupan seharian. Kesemuanya hanya wujud dalam bentuk suara. Di Jepun kini wujud Gatebox, “teman wanita” maya yang akan menceriakan hidup insan yang kesunyian.

Teman wanita maya dalam bentuk hologram ini “hidup” di dalam Gatebox. Ia boleh ditugaskan untuk membangunkan pengguna setiap pagi dengan pesanan manja dan mengingatkan mereka untuk membawa payung sekiranya hujan.Kecerdasan buatannya pula membenarkannya berbual dengan pengguna sepanjang hari seperti teman wanita sebenar.Sistem pintar Gatebox boleh digunakan untuk mengawal peralatan elekrtik rumah. Lampu, kipas dan alat pemanas musim sejuk boleh dipasang oleh Gatebox sebelum pengguna pulang dari rumah.

Harga jualan Gatebox ialah Yen 298000 (~RM 12000) sebuah. Hanya 300 unit akan dihasilkan dengan tempoh penghantaran setahun dari sekarang. Pihak Gatebox hanya menawarkan seorang sahaja teman wanita maya buat masa ini dengan perancangan beberapa pilihan lain di masa hadapan. Bagi yang merasakan perkahwinan terlalu mahal, “waifu” hologram ini ialah alternatif untuk tidak bersendirian selamanya.


TIPS & ULASAN