Cari @ Amanz

MSI merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan video, dimana mereka mempunyai pelbagai penawaran – daripada papan induk, komputer desktop, komputer riba, mahupun komputer beg-galas untuk realiti-maya. Mereka kini terus menambah penawaran produk baru, dan telah memperkenalkan sebuah monitor khusus untuk permainan.

MSI OPTIX G27C

Monitor melengkung yang dinamakan sebagai MSI Optix G27C ini menggunakan panel daripada Samsung, dan hadir dengan kadar segar semula pada 144Hz. Monitor pertama mereka ini bersaiz 27-inci dan menawarkan resolusi 1920×1080 pixel.

MSI turut menekankan ia menawarkan paparan warna yang tepat melalui sokongan sRGB pada kadar 110% dan NTSC pada 85%. Monitor ini turut hadir dengan sokongan input HDMI, DPI dan juga DVI.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah monitor ini akan dipasarkan di pasaran tempatan. Berkemungkinan, kita akan dapat melihat MSI mempertontonkannya kepada umum buat pertama kali pada CES 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd