Fungsi Pangggilan Suara Berkumpulan Untuk Facebook Messenger Versi Desktop Sedang Diuji

Fungsi Pangggilan Suara Berkumpulan Untuk Facebook Messenger Versi Desktop Sedang Diuji

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Fungsi panggilan suara menggunakan Facebook Messenger diperkenalkan sejak 2013. Panggilan suara secara berkumpulan menerusi aplikasi peranti pintar pula diperkenalkan April yang lalu. Bagi pengguna desktop fungsi ini sedang diuji oleh Facebook dan diaktifkan hanya kepada pengguna terpilih.

Butang khas untuk panggilan suara kini boleh dilihat apabila mesej berkumpulan dibuka pada pelayar web. Pihak Facebook masih belum berkongsi bilakah ia akan diaktifkan kepada semua pengguna. Dengan pengaktifan ini melakukan panggilan secara berkumpulan akan menjadi lebih mudah tanpa memerlukan muat turut aplikasi tambahan seperti Skype misalnya.


TIPS & ULASAN