Xiaomi Mi 4C, Mi 4S, Mi Note Dan Mi Max Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat

Xiaomi Mi 4C, Mi 4S, Mi Note Dan Mi Max Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Peratusan peranti yang menggunakan Android Nougat masih belum mencecah 1% menurut angka yang diberikan oleh Google. Jumlah yang sangat rendah bagi sebuah sistem operasi yang sudah lebih sebulan dilancarkan. Maklumat mengenai peranti yang bakal menerimanya juga diterima dengan agak perlahan. Kepada pemilik peranti Xiaomi, ia hanya diketahui minggu ini.

Xiaomi Mi 4C, Mi 4S, Mi Note dan Mi Max disahkan akan menerima Android Nougat 7.0 pada suku pertama 2017. Ia bakal hadir dengan MIUI 9 dan sedang dalam proses percubaan oleh Xiaomi. Setakat ini hanya Mi 5 sudah menerima kemas kini. Agak aneh sekali masih tiada maklumat sama ada Mi Mix, Mi Note 2 dan Mi 5S akan menerima kemas kini walaupun ia adalah lebih baru berbanding empat peranti yang kami senaraikan di atas.


TIPS & ULASAN