Celcom Mengemaskini Xpax Dengan Kuota Data Yang Tidak Dibahagi-Bahagi – No Kelentong

Celcom Mengemaskini Xpax Dengan Kuota Data Yang Tidak Dibahagi-Bahagi – No Kelentong

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Celcom hari ini telah memperkenalkan pelan baru mereka untuk para pengguna prabayar, dinamakan sebagai Xpax No Kelentong. Melalui penawaran baru ini, Celcom menekankan yang mana mereka ingin menawarkan pelan yang ringkas dan mudah difahami – serta tidak lagi memeningkan para pengguna.

Xpax No Kelentong ini hadir dengan penawaran asas 10GB untuk internet asas (64kbps) dan juga 10GB untuk Facebook. Untuk kedua-dua penawaran ini, pengguna hanya perlu memastikan akaun Xpax mereka aktif, dan boleh menikmati kedua-dua penawaran ini secara percuma.

Untuk pelan internet pula, Xpax kini menawarkan:

  • RM3 untuk 1GB – digunakan dalam masa 24 jam.
  • RM10 untuk 2GB – digunakan dalam masa 7 hari.
  • RM30 untuk 5GB – digunakan dalam masa 30 hari.
  • RM50 untuk 10GB – digunakan dalam masa 30 hari.

Xpax NoKelentong

Kadar panggilan adalah 30 sen untuk panggilan dan 15 sen untuk SMS. Disamping itu, Xpax juga kini menawarkan beberapa perkara tambahan, iaitu:

  • RM1 untuk panggilan tanpa had ke satu nombor bagi tempoh 24 jam.
  • RM1 untuk 1GB internet lewat malam (1 pagi hingga 7 pagi) untuk sehari.
  • RM1 untuk 1GB YouTube untuk sehari.
  • RM7 untuk panggilan tanpa had ke 10 nombor bagi tempoh 7 hari.
  • RM7 untuk 10GB internet lewat malam bagi tempoh 7 hari.
  • RM7 untuk 10GB YouTube bagi tempoh 7 hari.

Xpax NoKelentong

Xpax NoKelentong

Bagi pelanggan sedia ada yang boleh membuat perubahan kepada pelan Xpax No Kelentong ini dengan mendail *118# hari ini. Pihak Celcom juga turut menekankan yang mana bagi para pengguna pelan sedia ada boleh menikmati penawaran Internet Burung Hantu seperti biasa, dan tiada perubahan sekiranya mereka kekal menggunakan pelan lama berkenaan – tetapi masih boleh melanggan pelan Internet baru ini.


TIPS & ULASAN