KATSANA Memperoleh Suntikan Dana Sebanyak RM4 Juta Daripada Axiata Digital Innovation Fund

KATSANA Memperoleh Suntikan Dana Sebanyak RM4 Juta Daripada Axiata Digital Innovation Fund

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Katsana merupakan salah satu perkhidmatan daripada syarikat tempatan yang membolehkan pemantauan lokasi kenderaan semasa. Perkhidmatan ini lebih ditujukan kepada perusahaan, dan telah beroperasi sejak 2014 yang lepas. Terkini, Katsana mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana sebanyak RM4 juta daripada Axiata Digital Innovation Fund (ADIF).

KATSANA

Selain daripada pemantau GPS, kini pihak Katsana dilihat ingin lebih memfokuskan kepada perniagaan telematik dan Katsana Insight. Suntikan dana baru ini dijangka akan digunakan untuk pembangunan dan mengkomersialkan perniagaan telematik serta KATSANA Insight tersebut.

Menurut pengasas Katsana, Syed Ahmad Fuqaha, pada 2017 kelak, mereka akan lebih memfokuskan kepada kerjasama dan penggunaan data untuk insurans. Selain daripada itu, Katsana turut menyasarkan untuk menggunakan rangkaian Axiata dalam menawarkan perkhidmatan mereka di negara-negara lain – dan pada masa yang sama membolehkan mereka menggunakan rangkaian dan kelebihan Axiata, sebagai contoh Bluecube untuk memasarkan produk mereka.

Katsana buat masa ini ada sekitar 24 pekerja sepenuh masa, dan untuk 2017 kelak, mereka akan terus memfokuskan kepada memperkembangkan syarikat mereka ke peringkat seterusnya.


TIPS & ULASAN