Cari @ Amanz

XIaomi Mi Mix ialah peranti konsep yang kelihatan seperti sebuah peranti dari masa hadapan. Lebih 90% permukaan skrin hadapan adalah skrin dan ini jauh lebih tinggi berbanding peranti lain di pasaran. Kerana bahan binaan yang eksotik, hanya sebilangan kecil Mi Mix dapat dihasilkan oleh Xiaomi setiap bulan. Di China seorang pengguna iPhone 6S Plus mengubahsuai peranti beliau untuk kelihatan seperti sebuah Mi Mix.  Untuk mendapatkan rekaan hampir skrin sepenuhnya, pengimbas cap jari dan butang home fizikal telah dibuang. Sebaliknya sistem Assistive Touch menggantikan fungsi butang fizikal ini. Tubuh logam dibuang dan digantikan dengan tubuh buatan sendiri. Dari segi kemasan projek buatan sendiri ini adalah amat kasar dan kurang kemas. Apakah pendapat anda tentang projek ubahsuai ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd