Cari @ Amanz

Steam merupakan salah satu platform yang tidak lagi asing dikalangan para peminat permainan video. Pelbagai permainan video untuk PC ditawarkan melaluinya – tidak kira antara Windows, Mac ataupun Linux. Terkini, dalam usaha memudahkan proses membeli di Steam, pihak Tune Talk menawarkan kemudahan membuat pembelian di Steam menggunakan kredit Tune Talk.

Steam TuneTalk

Melalui apa yang ditawarkan ini, pengguna boleh mendapatkan Steam Wallet Code pada nilai antara RM5 ke RM100. Anda seterusnya akan menerima kod khusus melalui SMS, dan anda boleh memasukkan kod berkenaan pada Steam dan mendapatkan nilai berkenaan.

Tune Talk melalui pengenalan ini, menawarkan rebat 20% atas semua pembelian antara hari ini hingga 1 Januari 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd