Samsung Menawarkan Bonus Dalam Permainan Untuk 14 Permua Bagi Pengguna Galaxy S7

Samsung Menawarkan Bonus Dalam Permainan Untuk 14 Permua Bagi Pengguna Galaxy S7

Diterbitkan pada Dis 19, 2016 oleh .

Samsung sebelum ini telah beberapa kali hadir dengan penawaran Galaxy Game Pack, dan kini, dengan musim cuti hujung tahun, mereka sekali lagi membawa kembali penawaran Galaxy Game Pack untuk pengguna Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge.

Melalui penawaran ini, sebanyak 14 permua (Permainan Mudah-Alih) ditawarkan dengan bonus dalam permainan percuma. Sebagai contoh, sekiranya anda sedia memainkan permainan Vainglory, maka anda akan menerima bonus dalam permainan berkenaan secara automatik.

Galaxy Game Pack ini menawarkan bonus untuk permainan antaranya adalah Asphalt 8 Airborne, Clash of Kings, Empire : Four Kingdoms, Genies & Gems, Hearthstone, HIT, Hungry Shark World, MARVEL Contest of Champions, Need for Speed No Limits, Nonstop Knight, Olympus Rising, Plants vs Zombies Heroes, Star Wars Galaxy of Heroes dan juga Vainglory.

Galaxy Game Pack

Untuk menikmati bonus yang ditawarkan, pengguna perlu menggunakan Galaxy S7 atau Galaxy S7 Edge, dan memasang permainan berkenaan serta memainkannya. Anda akan diberikan bonus dalam permainan berkenaan secara automatik.

Samsung menawarkan Galaxy Game Pack ini sehingga 31 Januari 2017 kelak.

Layari : Galaxy Game Pack di Google Play Store


TIPS & ULASAN