Carian
#16bestof16 Memperlihatkan 16 Gambar Popular Instagram Anda Sepanjang 2016
December 19, 2016 Aman

Menjelang penghujung tahun, semestinya anda ingin melihat ringkasan kepada penggunaan laman sosial anda. Facebook sendiri seperti biasa telah mula menawarkan Year In Review, dan untuk pengguna Instagram pula, kini pembangun pihak ketiga menyediakan perkhidmatan yang dinamakan sebagai #16bestof16.

Instagram 16bestof16

Melalui laman berkenaan, pengguna hanya perlu memasukkan nama pengguna Instagram anda, dan ia akan secara automatik memaparkan 16 gambar yang dianggapnya sebagaik terbaik menggunakan beberapa algoritma seperti Likes dan juga bilangan komen.

Disamping itu, laman ini juga secara ringkas memperlihatkan keseluruhan bilangan gambar yang telah dimuat-naik oleh anda, selain jumlah komen yang diterima anda di Instagram.

Bagi anda yang berminat, boleh melihat sendiri prestasi akaun Instagram anda, atau rakan-rakan anda melalui laman #16bestof16.

Komen