Airbnb Sedang Membangunkan Perkhidmatan Tempahan Penerbangan

Airbnb Sedang Membangunkan Perkhidmatan Tempahan Penerbangan

Diterbitkan pada Dis 19, 2016.

Airbnb Inc sedang membangunkan perkhidmatan untuk membuat tempahan perkhidmatan udara, sekaligus membuatkan startup untuk tempahan bilik atau rumah ini bersaing dengan syarikat seperti Expedia.

Pembangunan untuk fungsi tempahan penerbangan masih pada peringkat awal, dan Airbnb sedang mempertimbangkan beberapa kaedah untuk menyertai perniagaan berkenaan. Airbnb mungkin mengambil-alih agensi pelancongan atau melesenkan data daripada penyedia perkhidmatan. Projek Airbnb ini dikatakan dikenali sebagai Flights.

Penyertaan Airbnb dalam arena ini akan memberikan persaingan kepada perkhidmatan seperti Priceline dan juga Expedia. Margin keuntungan daripada tempahan penerbangan ini dikatakan lebih tinggi daripada tempahan untuk hotel dan bilik.

Ia dikatakan Airbnb telah memperlihatkan konsep pada aplikasi mereka sebelum ini, dimana sebuah bahagian khusus dinamakan Trip Itinerary ditambah. Melaluinya, Airbnb merancang untuk memperlihatkan cadangan untuk harga penerbangan terbaik, masa perjalanan dan cuaca di lokasi.

Buat masa ini, masa pengenalan untuk fungsi ini masih tidak diketahui, tetapi dijangka memperkenalkannya dalam tempoh 18 bulan akan datang.


TIPS & ULASAN