BlackBerry Membuka Pusat Kajian Untuk Kenderaan Autonomi

BlackBerry Membuka Pusat Kajian Untuk Kenderaan Autonomi

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

BlackBerry melalui perisian QNX mereka sebelum ini sedia menawarkan beberapa perisian untuk digunakan dalam kenderaan. Kini, lanjutan daripada pengumuman pihak BlackBerry mengatakan bakal memfokuskan kepada penawaran perisian dan sekuriti, hari ini mereka telah membuka pusat kajian yang akan mengkhususkan kepada pembangunan kenderaan autonomi.

Pusat kajian ini dibuka di Kanada, dan turut menerima sokongan kerajaan di sana. BlackBerry akan membangunkan platform kenderaan autonomi dan kenderaan berhubung, selain bekerjasama dengan beberapa pihak dalam membangunkan kenderaan autonomi konsep.

Menurut kajian dan ramalan pakar, ia dikatakan sekitar 50% kenderaan akan berhubung ke perkomputeran awan menjelang 2020 kelak. Dengan kepakaran BlackBerry dalam perisian dan sekuriti, perkara ini akan memberikan kelebihan kepada mereka – sekaligus membolehkan jenama mereka terus popular walaupun dengan cabaran yang dihadapi mereka dalam arena peranti mudah-alih ini.


TIPS & ULASAN