Samsung Dilaporkan Mungkin Mendapatkan Komponen Bateri Daripada LG
LG

Samsung Dilaporkan Mungkin Mendapatkan Komponen Bateri Daripada LG

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk pengeluar peranti mendapatkan komponen dan bahagian tertentu daripada beberapa pengeluar berbeza. Terkini, Samsung Electronics dilaporkan dalam perbincangan bersama LG Chem untuk mendapatkan komponen bateri untuk telefon pintar akan datang mereka.

Samsung buat masa ini mendapatkan bateri daripada beberapa pengeluar, dan yang paling utama adalah Samsung SDI. Namun, pada kes melibatkan Galaxy Note 7, ramai mengaitkan kegagalan peranti berkenaan adalah disebabkan oleh bateri daripada Samsung SDi.

Sekiranya perbincangan bersama LG Chem ini berjalan lancar, maka LG Chem akan menjadi salah satu penyedia komponen bateri untuk peranti keluaran Samsung – selain daripada beberapa pengeluar bateri lain.

Buat masa ini, LG Chem menawarkan bateri telefon untuk LG Electronics dan juga Apple. Pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baru ini buat masa ini, dan sekiranya ia terjadi, maka ia mungkin berlaku sekitar pertengahan kedua 2017 kelak.


TIPS & ULASAN