Angry Birds Blast! Diumumkan – Permua Seakan Candy Crush

Angry Birds Blast! Diumumkan – Permua Seakan Candy Crush

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Lima tahun yang lalu hampir semua pemilik peranti pintar akan memuat turun permua Angry Birds. Ia menjadi fenomena dengan pelbagai barangan berjenama Angry Birds boleh ditemui di pasaran. Tetapi kehangatan permua ini tidak bertahan lama sehingga Rovio terpaksa mengurangkan jumlah kakitangan sebagai langkah mengurangkan kerugian.

Mereka baru sahaja mengumumkan permainan baru Angry Birds Blast! Tidak seperti permainan terdahulu, Blast! ialah permainan seakan Candy Crush. Pemain menyusun kiub berwarna untuk menghapuskan khinzir durjana. Anda boleh melakukan pra-daftar sebelum ia dilancarkan dan menerima emas dalam permainan bernilai $9.99.


TIPS & ULASAN