Samsung Galaxy A3 2017 Dijangka Dilancarkan Januari Hadapan

Samsung Galaxy A3 2017 Dijangka Dilancarkan Januari Hadapan

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Peranti Samsung Galaxy A 2017 sepatutnya dilancarkan bulan ini. Tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum Disember melabuhkan tirai dan tiada petanda ini akan dipenuhi. Apa yang diketahui setakat ini ialah Galaxy A 2017 akan mempunyai kemampuan kalis air IP68 dan dilengkapi pengecas USB-C.

Kedua-dua fungsi ini sebelumnya hanya ditemui pada peranti utama. Samsung mahu mengubah landskap peranti kelas pertengahan dengan Galaxy A tahun hadapan. Menurut sumber Roland Quandt, peranti A3 dan A5 2017 akan akhirnya dilancarkan tahun hadapan dengan harga bermula €348 (~RM 1630). Harga yang agak mahal bagi peranti kelas pertengahan tetapi dilengkapi kemasan seakan peranti utama.


TIPS & ULASAN