Facebook Untuk Android Menyokong Muat Naik Status Dengan Latar Belakang Berwarna

Facebook Untuk Android Menyokong Muat Naik Status Dengan Latar Belakang Berwarna

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Facebook, laman media sosial yang mempunyai hampir 2 Billion pengguna aktif setiap bulan. Menakjubkan sekali satu dari enam manusia di muka bumi Allah ini aktif menggunakannya setiap tahun. Ia bukan sahaja digunakan untuk berkenalan dengan insan tetapi sudah berevolusi menjadi laman jual beli, pusat khidmat masyarakat dan platform maklumat kehilangan anak kecil.

Bagi memudahkan lagi status pengguna untuk menarik perhatian rakan-rakan, aplikasi Facebook untuk Android telah dikemas kini. Pengguna Android boleh memuat naik status dengan latar belakang berwarna. Sebanyak 10 warna boleh dipilih berbanding hanya putih sebelum ini. Kemas kini aplikasi anda sekarang untuk mendapatkan fungsi ini. Tiada maklumat bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada pengguna iOS dan desktop.


TIPS & ULASAN