Rekaan Model Baru Nvidia Shield Tertiris

Rekaan Model Baru Nvidia Shield Tertiris

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Nvidia Shield ialah pemain media Android TV merangkap konsol yang menyokong paparan 4K. Selain membolehkan pengguna melakukan penstriman video, mereka turut boleh menstrim permainan PC mereka terus ke televisyen menggunakannya. Kemas kini kepada model semasa dipercayai akan dilakukan di CES bulan hadapan. Rekaan Shield terkini nampaknya sudah tertiris ke arena web.

Tiada perubahan rekaan dilakukan pada kotak utama. Ia kini hanya muncul dengan dua saiz berbeza. Perubahan paling ketara dilakukan pada pengawal permainan. Keseluruhan permukaan pengawal kini mempunyai rekaan poligon menggantikan permukaan licin sebelum ini. Maklumat mengenai spesifikasi baru Shield tidak pula tertiris. Nampaknya kita hanya perlu menanti selama beberapa minggu sahaja lagi untuk mendapatkan jawapannya.


TIPS & ULASAN