Cari @ Amanz

Kami tergolong di dalam kategori warga tua jika dibandingkan dengan umur purata pembaca Amanz. Kami pernah menghantar surat cinta kepada gadis yang disukai di kelas dengan menyelitkannya di dalam buku rujukan sejarah keluaran Preston. Ini teknik ketinggalan zaman yang pastinya ditertawakan generasi muda yang kini boleh menghantar mesej menggunakan WeChat.

The Kissenger ialah aksesori peranti pintar yang direka untuk menghantar ciuman kepada insan yang dikasihi. Ia dicipta oleh Emma Yann Zhang untuk insan yang merasakan penghantaran mesej tidak cukup ampuh untuk melampiaskan kerinduan. Kissanger mempunyai sensor tekanan yang mengesan ciuman dan omboh penggerak yang menghasilkan semua ciuman fizikal kepada penerima. Buat masa ini Kissanger hanya wujud sebagai prototaip.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd