iPrice Menerima Suntikan Dana Hampir RM18 Juta – Ingin Mengukuhkan Kedudukan Di Asia Tenggara

iPrice Menerima Suntikan Dana Hampir RM18 Juta – Ingin Mengukuhkan Kedudukan Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

iPrice merupakan salah satu perkhidmatan tempatan yang membolehkan pengguna membuat perbandingan dari segi harga untuk barangan dan sebagainya. Hari ini, iPrice Group mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana sebanyak US$4 juta (~~RM17.9 juta), dan akan menggunakannya dalam terus memperluaskan penawaran mereka di rantau Asia Tenggara.

iPrice

iPrice sebelum ini telah ditubuhkan pada 2014 di Kuala Lumpur dalam usaha menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah, disamping membolehkan pengguna mendapatkan penjimtan melalui perbandingan harga serta kod diskaun.

Pengguna boleh melayari laman iPrice dan membuat carian produk yang diingini. Seterusnya, mereka akan diperlihatkan dengan perbandingan harga daripada pelbagai penyedia, sekaligus memudahkan pengguna membuat perbandingan harga jualan dan mendapatkan penawaran terbaik untuk mereka.

Dengan suntikan dana baru ini, iPrice akan menggunakannya dalam terus mengukuhkan kedudukan mereka di rantau Asia Tenggara, selain bakal menawarkan perkhidmatan kepada penyedia laman web dalam menambah widget – sekaligus menambah pendapatan melaluinya.

Layari : iPrice


TIPS & ULASAN