RansomFree – Melindungi Komputer Anda Daripada Diserang Ransomware

RansomFree – Melindungi Komputer Anda Daripada Diserang Ransomware

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Sepanjang tahun 2016 ini, kita telah melihat peningkataan serangan malware berbentuk ransomware. Melalui serangannya, ia akan membuatkan pelbagai fail dan dokumen di komputer anda tidak boleh dibuka – dan perlu melakukan beberapa perkara, sebagai contoh membayar sebelum dapat mengakses kembali dokumen dan fail berkenaan.

RansomFreeTerdapat beberapa perisian yang membantu pengguna dalam memulihkan kembali fail dan dokumen yang dijangkiti oleh ransomware ini. Selain daripadanya, terkini, firma sekuriti Cybereason telah memperkenalkan program anti-ransomware mereka tersendiri yang dinamakan sebagai RansomFree.

Melalui RansomFree, ia berfungsi pada latar, dan akan memberikan amaran serta menghentikan sebarang proses ransomware – sekaligus membolehkan anda mengelak pelbagai fail dan dokumen anda daripada dijangkiti.

Membezakan RansomFree berbanding perisian lain adalah ia menggunakan analisa berasaskan kepada kelakuan sesuatu perisian dalam komputer – sekaligus menghentikan proses ransomware. Ini sekaligus menjadikan anda tidak perlu mengemaskini perisian seperti antivirus biasa.

Seperti biasa, apabila ia mendapati kelakukan yang meragukan, ia bakal memberikan notifikasi kepada pengguna – dan ia terletak kepada pengguna sama ada menjalankan sesuatu dokumen atau perisian berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, anda boleh memuat-turun dan menggunakan RansomFree ini hari ini, dan mengelak komputer anda daripada terjejas dengan serangan ransomware.

Muat-turun RansomFree


TIPS & ULASAN