Carian
ZUK Edge Dilancarkan Dengan Nisbah Skrin-Ke-Badan Yang Tinggi
December 20, 2016 Aman

Lenovo sebelum ini telah memperkenalkan beberapa peranti dibawah keluarga ZUK – yang mana menawarkan spesifikasi dan rekaan baik, pada harga lebih rendah berbanding beberapa pesaing lain. Terkini, hari ini mereka turut hadir dengan satu lagi peranti baru, dinamakan sebagai Lenovo ZUK EDGE.

Zuk Edge

Dari segi penawaran spesifikasi, ia membawakan pelbagai perkara terkini, termasuk cip Snapdragon 821, memori sehingga 6GB RAM, dilengkapi storan UFS 2.0 bersaiz 64GB, kamera belakang 13-megapixel dengan sokogan PDAF, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah rekaan skrinnya yang bersaiz besar, dimana skrin paparan 5.5-inci pada peranti ini dikatakan meliputi 86.4% daripada badan peranti berkenaan – sekaligus menawarkan ruangan paparan yang lebih luas jikalau dibandingkan beberapa peranti lain.

Lenovo Zuk Edge

Perkara ini dijayakan dengan penggunaan rekaan bingkai tepi yang nipis pada kiri dan kanan, serta penggunaan kaca 2.5D. Dibawah peranti ini, disertakan pengimbas cap jari.

ZUK Edge ini menggunakan sistem operasi Android 7.0 Nougat, serta menyertakan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Buat masa ini, ia disasarkan untuk beberapa buah negara sahaja. Selain versi biasa, ia turut hadir dengan sebuah lagi variasi yang dinamakan sebagai ZUK Edge L yang menggunakan duta pelakon Korea, Lee Min Ho. Ia tidak diketahui lagi sama ada peranti ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

Komen