Apple Pernah Menguji MacBook Yang Menggunakan Pengecas Sama Seperti iPhone

Apple Pernah Menguji MacBook Yang Menggunakan Pengecas Sama Seperti iPhone

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

Pada hari ini, salah satu perkara yang tidak disukai ramai adalah keperluan untuk membawa pelbagai jenis pengecas sekiranya keluar dari rumah atau pejabat. Dalam usaha berkenaan, ramai pihak telah mula mengimplementasikan penggunaan USB-C untuk pengecasan komputer riba mahupun telefon pintar. Apple sendiri pada MacBook telah mula menggunakan pengecas berasaskan kepada USB-C.

Namun, sebelum hadir dengan penggunaan tersebut, Apple diperkatakan telah menguji prototaip awal menggunakan pengecasan yang menggunakan sambungan Lightning – sama seperti pada iPhone.

Perkara ini diuji dengan harapan membolehkan pengguna Apple hanya perlu membawa satu kabel sahaja untuk pengecasan pelbagai produk mereka. Namun, akhirnya, Apple dilihat memilih USB-C untuk kabel pengecasan yang menjadi piawaian utama pelbagai pihak.

Selain daripada pengecasan, ia diperkatakan Apple turut pernah menguji MacBook Pro berwarna emas, tetapi tidak memperkenalkannya kerana warna berkenaan tidak tampak cantik pada produk bersaiz besar.


TIPS & ULASAN