NVIDIA Hadir Dengan “PC Gaming Revival Kit” – Memberikan Nafas Baru Untuk Komputer Lama Anda

NVIDIA Hadir Dengan “PC Gaming Revival Kit” – Memberikan Nafas Baru Untuk Komputer Lama Anda

Diterbitkan pada Dis 20, 2016 oleh .

NVIDIA merupakan jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengemar permainan video di komputer. Terkini, mereka dilihat menawarkan sebuah produk baru khusus untuk pasaran Eropah, dinamakan sebagai PC Gaming Revival Kit.

Melaluinya, NVIDIA menawarkan sejumlah komponen yang hadir bersama dalam usaha memudahkan proses anda menaik-taraf komputer lama anda yang mungkin sedikit ketinggalan untuk memainkan beberapa permainan baru.

NVIDIA PC Revival Kit

Melalui kit khusus ini, NVIDIA menawarkan kad grafik MSI GeForce GTX 1060 3GB OC Twin Frozr, Corsair Force Series LE 240 SSD, Corsair CX450M untuk bekalan kuasa, selain permainan percuma Gears of War 4.

Kit yang menyertakan PSU, SSD dan juga GPU ini ditawarkan pada harga €399 di Eropah, iaitu sekitar RM1850. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak NVIDIA akan turut memasarkannya di luar Eropah ataupun tidak buat masa ini.


TIPS & ULASAN