Instagram Stories Kini Menyokong Fungsi Pelekat Dan Rakaman Mudah

Instagram Stories Kini Menyokong Fungsi Pelekat Dan Rakaman Mudah

Diterbitkan pada Dis 21, 2016 oleh .

Sempena ketibaan Hari Natal, Instagram mengemaskini aplikasi mereka bagi membawakan beberapa fungsi baru kepada Instagram Stories. Fungsi pertama yang diperkenalkan ialah sokongan pelekat. Pengguna boleh meletakkan pelekat bertemakan Krismas dan Hannukah pada gambar yang diambil. Terdapat juga pelekat yang menggunakan geolokasi bagi menunjukkan lokasi gambar.

Fungsi kedua ialah rakaman mudah satu sentuhan. Dengan mod ini pengguna boleh terus merakam video tanpa perlu menekan butang rakaman seperti sebelum ini. Ini sesuai bagi mereka yang mahu merakam diri bermain gitar ataupun merungut ketiadaan air ketika mahu mandi di waktu pagi.

Akhir sekali khusus bagi pengguna iOS, anda boleh memuat turun kesemua video yang dimuat naik dalam julat masa 24 jam menjadi sebuah video ke dalam Camera Roll peranti.


TIPS & ULASAN